Perlembagaan
Matlamat
-
Melahirkan generasi yang mempunyai sifat cinta akan keaslian dalam semula jadi.
-
Membolehkan pelajar belajar menghargai hidupan dan alam semula jadi melalui aktiviti yang diadakan.
-
Menyebarkan maklumat mengenai kepentingan memelihara sumber alam bagi mengelakkan kepupusan sumber
alam.
Objektif
-
Menyemai nilai cintai alam sekitar di kalangan ahli-ahli
-
Memberi peluang kepada para pelajar mempelajari hidupan flora dan fauna
-
Supaya para pelajar dapat melihat ekosistem semula jadi dalam konteks yang berbeza
-
Dapat mengenalpasti masalah berkaitan dengan kepupusan dan kemusnahan ekosistem dan seterusnya
berusaha mengelakkannya terjadi.
-
Melahirkan minat-minat belajar di kalangan pelajar
-
Mewujudkan sikap bekerjasama di kalangan para pelajar.
-
Mengeratkan hubungan para pelajar tanpa mengira bangsa, umur dan jantina
-
Menyokong aktiviti anjuran MNS(Malaysian Nature Society)
-
Membantu kerajaan dan pihak swasta dalam menjaga kebersihan alam sekitar
-
Menambahkan ilmu pengetahuan para pelajar
-
Melahirkan generasi yang prihatin terhadap alam semula jadi
Aktiviti
Objektif kelab akan tercapai dengan
gabungan aktiviti dalaman, lawatan sambil belajar dan penyelesaian masalah secara praktikal.
- Tumpuan aktiviti adalah ke atas
projek-projek tempatan di mana ahli-ahli :
a) mengenal pasti masalah di persekitaran mereka
b) mendapatkan maklumat yang perlu
c) memikir dan membina tindakan-tindakan alternatif yang sesuai
d) melaksanakan penyelesaian
Keahlian
-
Keahlian terbuka kepada semua warga SMK Methodist (ACS) Klang tanpa mengira umur, bangsa, jantina dan kedudukan
social
-
Setiap ahli berhak menyuarakan pendapat dan bertanggungjawab dalam kemajuan kelab
-
Berhak mengundi dalam Mesyuarat Agung
-
Harus menghadiri setiap perjumpaan yang diadakan
-
Mestilah memberi komitmen yang sepenuhnya terhadap aktiviti yang dianjurkan oleh kelab
Pentadbiran
- Pengetua adalah penaung kelab ini
-
Guru Penasihat kelab ditetapkan oleh pihak sekolah
-
Satu jawatan kuasa mengandungi :
a) Pengerusi
d) Naib Setiausaha
b) Naib Pengerusi
e) Bendahari
c) Setiausaha
f) AJK kecil
- Sekiranya berlaku kekosongan
dalam jawatan kuasa, jawatan akan dipangku oleh AJK baru atas nasihat Guru Penasihat sehinggalah Mesyuarat Agung Tahunan yang
akan datang
- Semua AJK bertanggungjawab mengurus
dan mengatur aktiviti-aktiviti kelab dan membuat keputusan mengenai perjalanan kelab.
Yuran
Tahunan
-
Wang sebanyak RM5 setahun akan dikutip untuk pendaftaran ahli
Mesyuarat
-
Mesyuarat diadakan setiap hari Rabu di kelas yang ditetapkan
-
Mesyuarat akan diadakan setiap dua minggu sekali