Kelab Pencinta Alam

Laporan

Home
Kata Alu-aluan
Mengenai KPA
Aktiviti
Laporan
Galeri Gambar
Rantaian

tree_grows.gif

Lawatan ke Pulau Pangkor

Chua Chin Keat

12 Disember 2005

 

Pada hari Selasa bersamaan 6 Disember, iaitu dalam cuti persekolahan akhir tahun, Kelab Pencinta Alam SMK Methodist (ACS)  Klang telah mengadakan interaksi ke Pulau Pangkor. Rombongan KPA disertai 41 orang pelajar dan 2 orang guru, iaitu Puan Nor Salwati Omar dan Puan Norala Aini.

Hari Pertama - 7 Disember 2005

Sebelum kami bertolak, kami telah meraikan hari jadi 3 ahli KPA secara kecil-kecilan. Kami bertolak dari sekolah pada pukul 12.00 pagi dengan menaiki bas yang disewa khas. Bas berhenti seketika sepanjang perjalanan kepada kami untuk melepaskan sisa-sisa. Kami tiba di Lumut kira-kira pukul 5.15 pagi. Sementara menunggu feri, kami berehat dan minum di sebuah mamak 24 jam. Feri tiba kira-kira pukul 7.15 pagi dan perjalanan dari Lumut ke Pulau Pangkor mengambil masa 25 minit.

Kami bersarapan pagi di sebuah restoran sebelum berdaftar masuk ke kedua-dua buah rumah yang disewa. Ramai yang di antara kami berehat seketika kerana terlalu letih dan penat.

Jam pukul 1.30 petang, makanan petang pun telah disediakan. Kami terus ke pantai yang berada 30 meter dari rumah untuk berseronok. Ada yang bermain bola tampar dan ada yang bermain bola sepak. Malangnya, ramai yang di antara kami mengalami “sunburn”.

Jam telahpun menunjukkan pukul 6.30 petang. Kami pun pulang ke rumah untuk membersihkan diri sebelum makan malam(stimbot). Selepas makan malam, kami bersembang di rumah kami sebelum masuk ke bilik tidur masing-masing pada pukul 11 petang.

 

Hari Kedua - 8 Disember 2005

Selepas bersarapan pagi pada jam 8 pagi, kami pun bersedia untuk aktiviti “island hopping”. Kami juga berpeluang melakukan aktiviti “snorkeling” di pantai yang berlainan. Kami juga berpeluang melihat pelbagai jenis ikan yang berwarna-warni, terumbu karang(coral), timun laut(sea cucumber), dan bulu babi (sea urchin). Walaupun air tidak begitu jelas tetapi ia memuaskan. Selain itu, kami juga berpeluang merasai pengalaman menaiki “Banana boat” dan “kayak”. Pada masa yang sama, kami juga bekerjasama membersihkan pantai. Permandangan pulau-pulau kecil dan pantai yang indah telah menarik perhatian kami.

Aktiviti bebas bermula jam 2 petang. Kami menyewa basikal dan motorsikal untuk mengelilingi Pulau Pangkor. Permandangan di pekan dan kampung di Pulau Pangkor juga setanding di pantai-pantai Pulau Pangkor. Setelah itu, kami sekali lagi ke tepi pantai untuk menangkap gambar untuk dijadikan sebagai memori. Secara kebetulan, 6 ahli berpeluang menikmati keseronokan “Stingray”, satu sukan yang baru di Malaysia.

Jam 7 petang, aktiviti yang telah dirancangkan adalah barbeku. Kami dilayan baik oleh tuan rumah dengan masakannya; ikan bakar, udang besar, sotong goreng, mi dan mihun.

Selepas puas makan, kami ke tepi pantai dengan membawa lilin untuk menikmati angin dan permandangan malam yang indah dan romantik. Oleh sebab terlalu lewat dan bimbang akan keselamatan para ahli KPA, kami bergerak pulang ke rumah. Di situ, kami bersembang dan bergurau sepanjang malam. Sebahagian daripada kami berjaya melihat matahari terbit di sebelah Timur. Perasaan itu seakan-akan sedang bermimpi.

 

Hari Ketiga - 9 Disember 2005

Walau bagaimanapun, masa tidak mengizinkan untuk kami terus bersinggah di Pulau Pangkor. Kami mula mengemaskan tempat tinggal kami dan bersedia bertolak ke jeti pada pukul 10 pagi. Dengan perasaan berat hati, kami meninggalkan Pulau Pangkor pada jam 11 pagi dengan menaiki feri ke Lumut. Dari Lumut, kami pun bertolak pulang ke sekolah. Kami tiba di sekolah pada jam 5 petang.

 

Lawatan ini amat berguna kepada kami kerana ia dapat menambahkan pengetahuan dan pengalaman. Saya di sini berharap KPA akan terus merancang dan mengusahakan lawatan-lawatan seperti ini.

 

2anihome1.gif

Copyright © 2006 Nature Society,
SMK Methodist (ACS) Klang,
 developed by ChinKeat