Kelab Pencinta Alam

Mengenai KPA

Home
Kata Alu-aluan
Mengenai KPA
Aktiviti
Laporan
Galeri Gambar
Rantaian

kpa.jpg

Kelab Pencinta Alam (KPA) telah dilancarkan secara rasmi pada bulan Ogos 1991 dengan sokongan Kementerian Pendidikan Malaysia. Objektif KPA adalah untuk menjaga, memahami dan penglibatan dalam alam sekitar di kalangan para pelajar sekolah. KPA bermula dengan 12 sekolah perintis di Semenanjung Malaysia. Kini, KPA terdiri lebih daripada 200 buah sekolah dan melibatkan lebih daripada 8,000 pelajar sekolah mahupun daripada sekolah rendah ataupun sekolah menengah. Setiap KPA mempunyai seorang guru penasihat yang telah dilatih oleh MNS melalui Bengkel Guru Penasihat MNS.

bar_4.gif

 

Logo MNS dan KPA Gambar logo

 

Alam   : Animalia                        Berat : 250 – 300 kg

Filum   : Chordata                       Panjang : 1.8 – 2.4 m

Kelas   : Mammalia                     Tinggi : 90 – 107 cm

Order   : Perissodactyla              Umur ke dewasa : 2.5 – 3.5 tahun

Famili   : Tapiridae                      Tempoh kehamilan : 400 hari

Genus   : Tapirus                        Umur maksimum : 30 tahun

Spesies : Tapirus indicus             Makanan : Rumput, Rumpair, Daun, Ranting,

                                                                   Pucuk, Buah-buahan

 

Dikenali sebagai Malayan Tapir ataupun Asian Tapir. Ia merupakan tapir terbesar di antara empat spesies tapir yang lain dan berasal dari Asia. Malayan Tapir boleh dijumpai di kawasan tanah rendah dan berpaya Hutan Hujan Tropika. Tapir betina biasanya bersaiz lebih besar daripada tapir jantan. Anak tapir pula berbulu coklat,berbelang dan bertompok putih. Mereka mempunyai ekor yang pendek. Selain itu, mereka mempunyai 4 jari kaki di kedua-dua belah kaki hadapan dan 3 jari kaki di kedua-dua belah kaki belakang. Malayan Tapir juga memiliki deria bau dan pendengaran yang baik. Namun, jarak penglihatan Tapir adalah lemah. Walau bagaimanapun, tapir di golongan dalam senarai haiwan-haiwan terlindung kerana populasi tapir semakin berkurangan. Sila klik sini untuk lebih maklumat mengenai Malayan Tapir.

bar_4.gif

Perlembagaan
 
Matlamat

-                     Melahirkan generasi yang mempunyai sifat cinta akan keaslian dalam semula jadi.

-                     Membolehkan pelajar belajar menghargai hidupan dan alam semula jadi melalui aktiviti yang diadakan.

-                     Menyebarkan maklumat mengenai kepentingan memelihara sumber alam bagi mengelakkan kepupusan sumber alam.

 

Objektif

-                     Menyemai nilai cintai alam sekitar di kalangan ahli-ahli

-                     Memberi peluang kepada para pelajar mempelajari hidupan flora dan fauna

-                     Supaya para pelajar dapat melihat ekosistem semula jadi dalam konteks yang berbeza

-                     Dapat mengenalpasti masalah berkaitan dengan kepupusan dan kemusnahan ekosistem dan seterusnya berusaha mengelakkannya terjadi.

-                     Melahirkan minat-minat belajar di kalangan pelajar

-                     Mewujudkan sikap bekerjasama di kalangan para pelajar.

-                     Mengeratkan hubungan para pelajar tanpa mengira bangsa, umur dan jantina

-                     Menyokong aktiviti anjuran MNS(Malaysian Nature Society)

-                     Membantu kerajaan dan pihak swasta dalam menjaga kebersihan alam sekitar

-                     Menambahkan ilmu pengetahuan para pelajar

-                     Melahirkan generasi yang prihatin terhadap alam semula jadi

 

Aktiviti

Objektif kelab akan tercapai dengan gabungan aktiviti dalaman, lawatan sambil belajar dan penyelesaian masalah secara praktikal.

-           Tumpuan aktiviti adalah ke atas projek-projek tempatan di mana ahli-ahli :

a)         mengenal pasti masalah di persekitaran mereka

b)         mendapatkan maklumat yang perlu

c)         memikir dan membina tindakan-tindakan alternatif yang sesuai

d)         melaksanakan penyelesaian

 

Keahlian

-                     Keahlian terbuka kepada semua warga SMK Methodist (ACS) Klang tanpa mengira umur, bangsa, jantina dan kedudukan social

-                     Setiap ahli berhak menyuarakan pendapat dan bertanggungjawab dalam kemajuan kelab

-                     Berhak mengundi dalam Mesyuarat Agung

-                     Harus menghadiri setiap perjumpaan yang diadakan

-                     Mestilah memberi komitmen yang sepenuhnya terhadap aktiviti yang dianjurkan oleh kelab

 

Pentadbiran

-           Pengetua adalah penaung kelab ini

-           Guru Penasihat kelab ditetapkan oleh pihak sekolah

-           Satu jawatan kuasa mengandungi :

            a) Pengerusi                                          d) Naib Setiausaha

            b) Naib Pengerusi                                 e) Bendahari

            c) Setiausaha                                        f) AJK kecil

-           Sekiranya berlaku kekosongan dalam jawatan kuasa, jawatan akan dipangku oleh AJK baru atas nasihat Guru Penasihat sehinggalah Mesyuarat Agung Tahunan yang akan datang

-           Semua AJK bertanggungjawab mengurus dan mengatur aktiviti-aktiviti kelab dan membuat keputusan mengenai perjalanan kelab.

 

Yuran Tahunan

-                     Wang sebanyak RM5 setahun akan dikutip untuk pendaftaran ahli

 

Mesyuarat

-                     Mesyuarat diadakan setiap hari Rabu di kelas yang ditetapkan

-                     Mesyuarat akan diadakan setiap dua minggu sekali

 

Larangan

-                     Kelab dilarang mengadakan hubungan individu dan pertubuhan luar tanpa pengetahuan Guru Penasihat

-                     Dilarang melibatkan diri dalam perkara-perkara yang tidak berkaitan dengan pembelajaran

 

Pembubaran

-                     Kelab tidak boleh dibubarkan kecuali pendaftarannya dibatalkan oleh Pendaftaran Persatuan secara bertulis

-                     Pendaftar berhak membatalkan kelab sekiranya didapati menyeleweng daripada Perlembagaan dan mendatangkan kesulitan kepada pihak sekolah

 

Lain-lain

-                     Kelab adalah tertakluk kepada semua peraturan dan undang-undang yang telah dikeluarkan oleh kerajaan, Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan, Sekolah dan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (Malaysian Nature Society)

-                     Perlembagaan mula berkuatkuasa dari tarikh kelab berdaftar dengan Persatuan Pencinta Alam Malaysia

 

2anihome1.gif

Copyright © 2006 Nature Society,
SMK Methodist (ACS) Klang,
 developed by ChinKeat