Kelab Pencinta Alam

Kata Alu-aluan

Home
Kata Alu-aluan
Mengenai KPA
Aktiviti
Laporan
Galeri Gambar
Rantaian

Guru Penasihat & Pengerusi KPA
nsoni.jpg
Pn Nor Salwati dan Chin Keat

Seungkap kata, Pemanis bicara
Daripada Chua Chin Keat,
Pengerusi Kelab Pencinta Alam '05/06,
SMK Methodist (ACS) Klang
 

Salam sejahtera saya hulurkan kepada para tetamu laman web Kelab Pencinta Alam SMK Methodist (ACS) Klang.

                Pada tahun 2006 ini, Kelab Pencinta Alam SMK Methodist (ACS) Klang telah menerbitkan sebuah laman web yang tersendiri. Laman web ini mencerminkan keupayaan ahli-ahli KPA mencipta kejayaan dan mencatat nama dalam bidang kokurikulum. Kejayaan seperti penerbitan laman web ini sekali gus mengharumkan nama kelab dan menaikkan nama sekolah di kalangan sekolah-sekolah lain di daerah Klang ataupun antarabangsa.

                Saya berbangga dan berterima kasih kerana diberi peluang serta kepercayaan untuk memimpin KPA ini yang terdiri lebih daripada 35 orang ahli. Walaupun perlu mengharungi pelbagai cabaran, saya serta ahli-ahli kelab yang lain akan terus berjuang habis-habisan.

                Laman web ini adalah wadah penting untuk segala aktiviti dan peristiwa yang berlaku di KPA selama ini.

Sekalung penghargaan kepada Guru Kesayangan kami, iaitu Guru Penasihat KPA, Puan Nor Salwati Omar yang sudi meluangkan masa memimpin dan memberi tunjuk ajar kepada saya untuk membawa KPA terus mara ke hadapan untuk mencipta kejayaan tanpa rasa jemu dan putus asa.

Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada semua AJK KPA yang telah memberi kerjasama yang sepenuhnya. Saya percaya bahawa Kelab yang cemerlang lahir daripada seluruh AJK yang sudi bekerjasama menyelesaikan projek-projek atau masalah-masalah yang timbul. Budaya kerjasama yang ditunjukkan ini harus diteruskan bagi mewujudkan budaya penyayang, penuh dedikasi dan produktif.

Akhir sekali, saya berharap KPA akan terus maju ke hadapan manakala laman web ini akan terus dikemas kini dari semasa ke semasa. Di samping itu, saya memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kesilapan  atau kekurangan dalam laman web ini.

Sekian, terima kasih.

 

**Ucapan ribuan terima kasih kepada semua ahli jawatanakuasa KPA 2004/2005 terutamanya kepada Kelvin Yeoh, Tan Shang Neng, Khoo Hau Wei dan Gerard Fong yang telah banyak membantu KPA mencapai matlamatnya.

2anihome1.gif

Copyright © 2006 Nature Society,
SMK Methodist (ACS) Klang,
 developed by ChinKeat